MEMBUAT AWNING DAN PENUTUP LONGKANG KEDAI SOON HOI HARDWARE KOK LANAS

Ini merupakan pelanggan pertama dari kaum cina yang kami dapat. Dia tempah awning dan penutup longkang. awning dipasang dibelakang kedai hardware dia. ala-ala porch kereta lebih kurang. Orgnya agak cermat dan boleh berunding.

Keluasan awning 20' x 10' dan penutup longkang 20' x 1 1/2' , siap dalam masa 3 hari.

Nilai projek RM2500.00

Ni antara gambar projek ketika berlangsung :-













GRILL PINTU ASRAMA HIDAYAH 2 DEPAN POLITEKNIK KOK LANAS

Projek kali ini ialah membuat grill pintu untuk 8 buah rumah asrama hidayah 2, jumlah grill pintu ialah 16 buah. Asrama ini dihuni oleh pelajar perempuan politeknik kok lanas. Memang anak buah saya begitu rajin time memasang grill ni... maklumlah asrama perempuan.

Pemilik asrama ini ialah Hj Hamzah (pok su) org sohor di kok lanas ni.

Nilai projek RM 3,200.00 +++

Siap dalam tempoh seminggu

Ni antara gambar aktiviti semasa projek berlangsung :-

















GRILL DAN AWNING RUMAH TERES DUA TINGKAT ABG LAN KEDAI LALAT

Salam... ini merupakan projek membuat grill rumah abg lan di kedai lalat, tuan rumah nya sangat peramah dan mesra alam... antara kerja yang kami buat di rumah abg lan ialah :

a) Pasang grill semua pintu, tingkat dan sliding door atas dan bawah
b) Buat awning tingkat atas depan dan belakang
c) Extent tempat basuh kain belakang rumah (keliling dengan grill)
d) Buat awning belakang rumah
e) Adjust pagar swing jadi pagar lipat.

Total bayaran diterima RM4,200.00 +++

Kat bawah ni antara gambar2 aktiviti sepanjang kerja berlansung :-