FENCING PAGAR KOLAM IKAN POLITEKNIK KOK LANAS

Fencing ni adalah grill yang dipasang antara tiang pagar. Kami dapat projek ni melalui kontraktor (pok Jo) yang bina pagar keliling kolam ikan politeknik tu. Kira macam sub-kontraktor larrr... Projek ni siap satu hari jer... bilangan 6 buah.

Nilai projek RM1,400.00 ++ Siap sehari setengah... bil 6 buah

Ni gambar yang kami snap masa tgh menyembur fence...  :-













BANGSAL BURGER BORHAN LUNDANG

Bangsal burger ni Borhan tempah hari jumaat lepas... siap lebih kurang 3 hari, tp delay hantar sebab Borhan kata ari rabu tak baik buat urusan (orang tua Borhan kata), biasa la adat / petua org dulu2.. kadang-kadang kena ikut jugak, betul takkkk?

So, proses membuatnya mudah sekali... bahagian luar bangsal dibalut zink licin dan berwarna merung.

Nilai projek : RM 950.00

Ni gambar aktiviti2 nya :-









MODIFIED KERETA SORONG "ABG DIN" UNIWAJA HARDWARE

Hari abg din Uniwaja datang ke kedai bawak 5 buah kereta sorong. Dia nak modified bagi kukuh sikit, tu pun sebab pelanggan dia minta mcm tu.... so kitorang modified la...

Sikit jer, buat palang 'X' kat bahagian kaki kereta sorong tu...

Kat bawah ni gambar kereta sorong yang di modified :-








GRILL UMAH ABG MIE DEKAT PERINGAT

Abg mie baru kahwin sebenarnya, so untuk menjaga keselamatan isteri tersayang dia tempatlah grill untuk umah dia... rumah teres corner lot gitu. Pada awalnya nak tempah awning buat porch kat depan umah tp tak jadi mungkin sebab dah abis banyak buat hantaran kahwin kottt... mandai je aku ni...

Abg mie bagus orgnya dan dia awal2 lagi dah set due date untuk kitorang pasang... tapi terbabas gak tiga hari. Tapi dia tak kisah sangat, dia tahu kitorang buat , tp stok besi tak cukup... begitu lah ceritanya...

Kat bawah ni gambar aktiviti untuk projek ni...











AMPAIAN BAJU TAUKEY KEDAI MAKAN SEBELAH ECONJAYA

Ampaian yang ditempah ni simple gile babas... satu jerr palang penyangkut dia nak, tapi saiz 7 kaki... wat sidai kain kering dalam rumah katanya. Saiz besi 1' x 2' dan beroda.

Nilai projek RM200.00 +++ Siap tak sampai sehari, bos bleh buat 4 ampaian dalam sehari (terror tak???).

Ni gambar masa buat ampaian >>> watch out ...






PEKERJA DITIMPA KEMALANGAN DI BENGKEL - SYIDIE

Syidie seorang pekerja yang rajin dan mudah kiro telah ditimpa kemalangan semasa membuat kerja. Jarinya terpaksa dijahit 8 selepas grinder untuk pengerat playwood terbabas dan terkena jarinya.

Kitorang sume terkejut dan memberi bantuan kecemasan awal dengan mengikat jarinya supaya pengalitan darah perlahan (supaya tak tersenbur keluar). Beliau dirawat di klinik rawatan 24 jam Kok lanas.

Ni gambar beliau dan jarinya yang berbalut.... untuk seminggu ni dia rest, kerja dia diambil alih "bos", ingatkan bila ada pekerja bos bleh relaks... tapi nak uat mcmana ??&&%%*^%

GRILL PENGHADANG TELEVISYEN PLASMA GELANGGAN FUTSAL HIDAYAH KOK LANAS

Pemilik gelanggang futsal hidayah "Pok Su" menempah penghadang televisyen LCD. Pok su peramah orangnya, dan mudah berurusan dengannya. Untuk pengetahuan korang pok su habis hampir setengah juta buat gelanggang futsal ni. Harap-harap dapat projek besar lepas ni hehehehe...

Nilai projek RM250.00 +++ Siap dalam masa kurang sehari, buat pagi tengahari pasang.

Ni antara aktiviti untuk projek ni :-