PEMASANGAN AWNING TINGKAP & CAR PORCH SERENDAH RM 7.50

Salam semua.... nak promote awning & car porch pulak ari ni. Harga untuk awning saya letak antara RM 7.50 sekaki hingga RM 10.00 sekaki. Kenapa ? Harga banyak bergantung kepada keluasan awning yang hendak dibuat.

Kalu awning / porch kecik maka besi rangka pun kecik lah... kalu awning besar maka besi rangka pun besar lah.... tu antara sebab kenapa harga tidak fix...

Awning ni biasanya orang buat untuk tingkap, car porch , belakang rumah atau tempat-tempat lain untuk elak dari tempias hujan dan panas matahari. Kat bawah ni antara contoh awning dalam koleksi kami.












PAGAR JENIS WROUGHT IRON HANYA RM30.00 SEKAKI PERSEGI

Salam semua..... kat sini saya nak promote sesapa yang nak buat pagar jenis wrought iron, kami tawarkan harga serendah RM30.00 sekaki persegi. Pagar wrought iron ni kebanyakan desginnya antik dan klasik.

Besi jenis ini kukuh kerana bentuknya beralun dan harganya lagi mahal jika dibandingkan dengan besi hollow biasa. Di bawah saya sertakan contoh pengiraan pagar rumah :

Tinggi 5 kaki , panjang 18 kaki.

Luas = 5' x 18' = 90 x 30 = RM 2,700.00 (Ni contoh la, sekiranya banyak bunga dan luas lebih harga nya lain pulak).

Di sini saya sertakan model design pagar wrought iron (nak lihat banyak sila datang kedai saya..)










LAMA TAK UPDATE BLOG

Salam semua, dah lama saya tak berkesempatan mengupdate blog. Sepanjang tak mengupdate blog ni banyak projek telah berlangsung. Nanti saya upload sume gambar-gambar aktiviti projek.

So, antara projek-projek yang telah berlangsung :-

1) Projek grill dan awning rumah abg Lan Kedai Lalat = RM 3,800.00
2) Projek pagar rumah kontraktor abg se Wakaf Bharu  = RM 980.00
3) Partition Bilik rumah kak sah depan politeknik Kok Lanas = RM 1,100.00
4) Partition bilik pejabat Hidayah Futsal = RM650.00
5) Grill pintu asrama Hidayah = RM 3,200.00
6) Awning porch kedai hardware Soon Liew Kok Lanas = RM 2,750.00
7) Pagar rumah kontraktor abg se di Kg pdg pak amat = RM 570.00

Projek-projek yg sedang dibuat :-

1) Awning teduh warung abe aziz depan esso kok lanas = RM550.00
2) Rak brg mok sumah depan pasar kok lanas = RM100.00
3) Awning Kedai Santan Pasar Basah Kok Lanas = RM150.00


Projek-projek yang akan berlangsung selepas ni :

1) Grill sebuah rumah abg mie di Limbat, kg derdap = RM 2,200.00
2) Bangsal burger khusyairul , Kg. Pdg Enggang = RM 730.00
3) Grill sebuah masjid ar-rahman Kok Lanas = RM 3,200 +++
4) Railing tangga sekolah keb bukit merbau = RM 15,000.00+++
5) Pagar Utama WI , En Ayie depan Sekolah Chung Hwa = RM 3,000++

Setakat ni dulu saya update, nanti sy upload gambar-gambar projek. Skrg cable camera ilang kena ganti baru... ok byeeee